mcmc
Uncategorized

Taklimat Cashless Society

Taklimat Cashless Society Kepada Komuniti di NADI Kampung Sri Tajo 📌

Tarikh: 14 November 2025

Masa: 9:00 pagi hingga 11:00 pagi

Lokasi: NADI Kampung Sri Tajo

Peserta: 28 orang

Pada 14 November 2025, NADI Kampung Sri Tajo telah mengadakan Taklimat Cashless Society Kepada Komuniti.

Antara pengisian program seperti taklimat Pengenalan NADI, taklimat Perkhidmatan Pintar NADI, taklimat Cashless Society, saringan kesihatan percuma iaitu pemeriksaan kandungan gula dalam badan, tekanan darah, berat dan tinggi, demo menggunakan QR kod kepada peserta, sesi soal jawab, penyerahan sijil kepada peserta dan sesi bergambar. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih kerana menyokong program ini.

Tujuan Taklimat Cashless Society ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang pembayaran tanpa tunai (Cashless), evolusi pembayaran daripada tunai kepada transaksi tanpa tunai, cabaran-cabaran cashless dikawasan bandar dan luar bandar, perkongsian latarbelakang Cashless Society dan pengajaran-pengajaran utama dari program Cashless Society yang telah dilaksanakan pada awal bulan November 2025 di NADI-NADI yang terpilih.

Seperti yang kita sedia maklum, dunia kini telah menuju ke arah digital seiring dengan pembangunan ekonomi yang semakin pesat. Dalam era digital, penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Pembayaran tanpa tunai merujuk kepada transaksi kewangan yang dilakukan menggunakan kaedah elektronik seperti DuitNow kod QR, kad kredit, kad debit, e-dompet, dan perbankan dalam talian.

Oleh yang demikian, komuniti perlu mengambil peluang ini untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi demi kehidupan yang lebih moden dan efisien.