Tarikh: 18 Ogos 2016
Tempat : Surau Darul Taqwa Kampung Sri Tajo
Anjuran : AJK Surau Darul Taqwa & PIBG SK Tanjung Apong
Tetamu VIP : Ustaz Bolkiah Bin Mohen (Bahagian Baitulmal Kota Samarahan)
Objektif : Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar tentang tanggungjawab masing-masing dan pentingnya ilmu dalam kehidupan. Disamping itu, dapat mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dan juga penduduk kampung Sri Tajo.
Program tersebut dibuat bersemperna memberi persediaan bagi murid-murid tahun 6 SK Tanjung Apong untuk menduduki UPSR yang akan tiba tidak lama lagi. AJK Surau Darul Taqwa bekerjasama dengan PIBG SK Tanjung Apong untuk mengadakan program tersebut disamping mendapat bantuan dari penduduk kampung Sri Tajo dengan aktiviti gotong royong yang dilakukan bagi menjayakan program tersebut. Program ini bermula selepas solat Asar dan berlanjutan sehingga solat Isyak dengan diisi oleh aktiviti-aktiviti ilmuan,solat hajat dan jamuan makan. Tetamu jemputan khas dari Baitulmal Kota Samarahan iaitu Ustaz Bolkiah Bin Mohen dijemput untuk mengadakan ceramah tentang “Peranan Ibu Bapa dan Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang.” Program tersebut berakhir kira-kira jam 10 malam.