mcmc
Berita Setempat

Program Anak Angkat Bersama Pelajar Unimas

Tarikh:      10 hingga 12 April 2015

Tempat:    Dewan Kampung Sri Tajo, 94600 Asajaya.

 Masa:       3 hari 2 malam.

Objektif:  Merapatkan silaturahim antara pelajar Unimas dan penduduk kampung. Di samping itu, pelajar Unimas yang mejoritinya dari semenanjung dapat mempelajari cara hidup masyarakat sarawak dan mengetahui aktiviti yang di jalankan di Kampung Sri Tajo.

 

Seramai 17 sukarelawan pelajar Unimas yang mengikuti program tersebut terdiri daripada 2 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Mereka di ketuai oleh pelajar yang bernama Farhah Amalina yang kebetulan ingin membuat kerja kursusnya berkaitan dengan gula nipah/  gula apong. Kampung Sri Tajo menjadi pilihan mereka kerana diketahui aktiviti pembuatan gula apong berlaku di tempat itu. Farhah Amalina dan beberapa orang pelajar mewakili rombongan mereka berbincang terlebih dahulu dengan ketua kaum Kampung Sri Tajo iaitu En. Hassan Bin Ambik dan juga timbalannya En. Azeman Bin Bujang tentang hasrat murni mereka. Setelah mendapat kata sepakat dan persetujuan dari kedua belah pihak, rombongan pelajar Unimas sampai di Kampung Sri Tajo hari Jumaat (10/April) kira-kira pukul 5 petang. Penduduk yang turut serta dalam program tersebut telah bersedia di Dewan Masyarakat Kampung Sri Tajo untuk menyambut kedatangan  mereka. Serba sedikit taklimat diberikan oleh ketua kaum tentang aktiviti yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam itu. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah, melawat ladang ternakan kambing, tempat pembuatan gula apong, bersukan dan mendengar taklimat tentang Kampung Sri Tajo. Secara tidak langsung, aktiviti program ini membantu pelajar Unimas mempelajari makanan masyarakat Kampung Sri Tajo dan cara kehidupan mereka di samping  boleh mengeratkan silaturahim antara mereka.