Kebanyakan penduduk di sini menjalankan aktiviti pertanian, pengeluaran bahan mentah dan membuka kedai runcit. Antaranya ialah perusahaan kelapa, sawit, gula nipah dan penternakan kambing. Dengan struktur semulajadi di kampung tersebut, menjadikan punca rezeki bagi mereka. Sebagai contoh, pokok nipah yang tumbuh subur di kawasan pasang surutnya air di tepi laut memberi manfaat kepada mereka untuk proses pembuatan gula nipah/gula apong. Gula apong adalah gula yang terhasil daripada air nira nipah yang juga dikenali sebagai air sadap oleh penduduk Sarawak.
Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan sangat popular dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak selain dijadikan bahan perisa untuk menambahkan kelazatan sesuatu makanan atau masakan.Daripada hasil tersebut, penduduk tempatan memperoleh pendapatan melalui jualan kuih muih atau menjualnya terus (gula apong) kepada pemborong.
