Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK), sedang mengadakan Kempen Media Sosial dan menganjur pertandingan Foto & Video Pendek 2018 yang berlangsung pada bulan 1 Mac hingga 30 April ini, dan menjemput anda semua untuk mengambil bahagian.
Penjelasan Tema: Memberi peluang kepada peserta memaparkan keunikan dan kepelbagaian jenis makanan dan minuman yang menjadi tarikan dan warisan kaum-kaum di Malaysia
Cara penyertaan :-
1) Peserta perlu memuat naik foto/video pendek yang berdurasi antara 30-60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
2) Foto/video tersebut hendaklah disertakan dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination
Untuk rujukan dan maklumat lanjut boleh klik link laman web berikut. Sekian, terima kasih.
