Peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas dan merupakan ahli Dashboard Komuniti yang sah berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) di bawah seliaan Telekom Malaysia (TM) di seluruh Malaysia.
CARA PENYERTAAN :
1) Peserta yang ingin menyertai peraduan ini boleh memuat-turun aplikasi Dashboard Komuniti di mana-mana Pusat Internet 1Malaysia di bawah kendalian Telekom Malaysia sahaja.
2) Peserta hanya perlu menjawab soalan Kuiz yang akan dikeluarkan dalam paparan Dashboard Komuniti (DK) dari semasa ke semasa. Peserta perlu menjawab Soalan Kuiz tersebut sebanyak 20 soalan setiap modul DK yang dipertandingkan.
_Hadiah akan diberi kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan cepat dan tepat. Pemenang akan dipilih mengikut negeri-negeri yang terlibat dengan operasi Pusat Internet 1Malaysia di bawah seliaan TM sahaja._
JOM REBUT PELUANG MENANGI HADIAH LUMAYAN INI.
