mcmc
Berita Setempat

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Sri Tajo

Tarikh : 23 Julai 2016

Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Sri Tajo

Anjuran : Ranting PBB Kampung Sri Tajo

Tetamu VIP :Temenggong Hj Chek Bin Hj Bujang(Temenggong Bahagian Kota Samarahan)

Objektif :Beramah mesra sesama jiran tetangga disamping dapat bekerjasama dan merapatkan silaturahim di antara penduduk Kampung Sri Tajo.

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri tersebut dianjurkan oleh barisan Ranting PBB Kampung Sri Tajo yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sri Tajo selepas solat Isyak. Seluruh penduduk kampung Sri Tajo di jemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Imam Kampung En. Zamhari Bin Adni dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Ketua Kaum Kapung Sri Tajo En, Hassan Bin Ambik sebelum tetamu VIP iaitu Temenggong Hj Chek Bin Hj Bujang memulakan ucapannya. Penduduk kampung Sri Tajo bekerjasama antara sama lain bagi menjayakan majlis tersebut. Antara aktiviti yang berlangsung pada malam tersebut ialah cabutan bertuah, makan-makan, dan dihiburkan dengan nyanyian lagu raya dari beberapa orang wakil penduduk kampung. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 12 malam.