KELAS MICROSOFT PAINT (MELUKIS/MEWARNA)
TARIKH | 1 OGOS 2022 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini diadakan dengan kehadiran peserta dari golongan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk menarik pelajar melukis dan mewarna menggunakan Microsoft Paint. Disamping itu, dapat meningkatkan kemahiran ICT pelajar.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar cara melukis dan mewarna di Microsoft Paint. Latihan praktikal dilakukan kepada peserta mengikut kreativiti masing-masing.
___________________________________________________________________________________________________________________
KELAS ASAS LAMAN WEB (HTML)
TARIKH | 11 OGOS 2022 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN
Seramai 2 orang peserta dari pelajar sekolah menengah telah menghadiri kelas ini. Kelas asas laman web dilakukan bertujuan menambah pengetahuan pelajar mengenai asas laman web.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai asas laman web(html). Mereka diajar cara mereka menggunakan kod (html) bagi membina laman web contohnya seperti memasukkan tajuk web, text, dan gambar.