KELAS MICROSOFT POWERPOINT (PEMULA VIDEO & CONVERT TO VIDEO)
TARIKH | 3 DISEMBER 2023 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 8 ORANG |
TUJUAN
Peserta dapat mempelajari cara asas membuat video menggunakan Microsoft Powerpoint.
AKTIVITI
Penerangan dari petugas berkenaan cara membuat pemula video dengan menggunakan Microsoft Power Point. Peserta dikehendaki menggunakan kesan animasi di dalam power point untuk menghasilkan gerakan pemula video. Selain itu, tambahan penggunaan “transition” untuk memulakan video dan memasukan muzik kedalam slide sebelum menukarkan slide itu kepada format video.
________________________________________________________________________________________________________
KEUSAHAWANAN – MICROSOFT EXCEL (REKOD PERNIAGAAN & FUNGSI HYPERLINK)
TARIKH | 15 DISEMBER 2023 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta membuat rekod perniagaan di dalam Microsoft Excel. Disamping itu, memperkenalkan fungsi “hyperlink” untuk membuat pintasan yang menuju ke lokasi lain.
AKTIVITI
Peserta di ajar cara menggunakan Microsoft Excel untuk membuat rekod perniagaan seperti, profil syarikat, rekod produ, rekod jualan dan perbelanjaan. Selain itu, peserta di ajar cara menggunakan hyperlink bagi membuat pintasan yang cepat untuk menuju ke lokasi lain.