PROGRAM CHILDREN CYBER SAFETY
TARIKH | 6 – 7 APRIL 2019 |
MASA | 9.00AM-4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 27 ORANG |
TUJUAN
Program ini anjuran UNIMAS yang berlangsung di Pusat Internet Kg Sri Tajo. Seramai 27 orang peserta dari golongan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan praktikal tentang keselamatan internet serta memberikan maklumat dan sumber kepada kanak-kanak namun masih memastikan penggunaan dalam talian mereka adalah positif dan selamat.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan/taklimat berkaitan internet dan keselamatan internet. Disamping itu, peserta juga disertakan aktiviti dan latihan praktikal berkaitan penggunaan internet seperti menyenaraikan contoh laman sosial, cara membuat kata kunci dengan selamat, melukis poster cyber safety, berlakon mengikut situasi yang kerap berlaku semasa menggunakan internet, serta melayari laman web mengikut senarai yang disediakan dan banyak lagi.
________________________________________________________________________________________________________
KELAS MICROSOFT WORD ( GAMBAR,WORDART, SHAPE)
TARIKH | 12 APRIL 2019 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN
Peserta dihadiri oleh 4 orang pelajar dari sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan menggalakkan penggunaan microsoft word dikalangan pelajar.
AKTIVITI
Peserta di berikan tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Word. Kemudian, peserta membuat latihan praktikal di Microsoft Word mengikut arahan yang diberikan bagi memastikan mereka faham dengan sesi pembelajaran yang berlangsung.