KELAS MICROSOFT POWERPOINT(DESIGN WEBSITE)
TARIKH | 7 OGOS 2018 |
MASA | 2.00PM -4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 9 ORANG |
TUJUAN
Kelas Microsoft powerpoint ini dihadiri 9 orang peserta yang terdiri daripada golongan sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft powerpoint disamping dapat meningkatkan kretiviti mereka.
AKTIVITI
Peserta diajar membuat design website melalui Microsoft Powerpoint. Menggunakan bentuk untuk membuat tombol klik bagi website dan menambah fungsi “action” untuk link ke muka surat seterusnya. Selain itu, mereka juga dikehendaki menghias website dengan memasukkan gambar dan text.
_______________________________________________________________________________________________________________________
TEKNOLOGI & ANDA (KLIK DENGAN BIJAK)
TARIKH | 19 OGOS 2018 |
MASA | 2.00PM -4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 10 ORANG |
TUJUAN
Kelas Klik Dengan Bijak ini dihadiri 10 orang peserta yang terdiri daripada golongan sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna internet untuk lebih berhati – hati dan sentiasa menggunakannya dengan positif
AKTIVITI
Peserta diberi taklimat tentang pemahaman teknologi kepada diri. Mereka didedahkan maksud teknologi, contoh – contoh serta kebaikan dan keburukan kepada diri.