KELAS MULTIMEDIA (DESIGN GRAFIK BAJU)
TARIKH | 4 NOVEMBER 2018 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 7 ORANG |
TUJUAN
Peserta kelas multimedia ini dihadiri seramai 7 orang yang diwakili oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran peserta dalam bidang grafik. Disamping itu, kelas ini dapat menggalakkan peserta menggunakan internet dengan bijak disamping dapat meningkatkan kretiviti seseorang.
AKTIVITI
Peserta membuat grafik design baju di laman web custom ink . Mereka dikehendaki membuat design baju mengikut kretiviti sendiri dengan memasukkan text, gambar atau simbol yang terdapat di website tersebut.
_______________________________________________________________________________________________________________________
KELAS ASAS TEKNOLOGI & MAKLUMAT (EMAIL)
TARIKH | 28 NOVEMBER 2018 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 7 ORANG |
TUJUAN
Seramai 7 orang peserta dari pelajar sekolah menengah telah mengikuti kelas asas teknologi dan maklumat(email).Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan cara berkomunikasi dengan menggunakan email.
AKTIVITI
Peserta diajar untuk membuat akaun email gmail. Setelah itu, peserta di ajar cara yang betul menggunakan email untuk berkomunikasi seperti menggunakan “compose” untuk membuat mesej baru, dan menggunakan butang “reply” untuk membalas mesej.