KLIK DENGAN BIJAK – MENAIP ONLINE
TARIKH | 5 MEI 2018 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 7 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyedarkan dan menggalakkan peserta dalam menggunakan internet secara positi dan bijak. Selain itu, aktiviti ini juga boleh meningkatkan kemahiran menaip peserta.
AKTIVITI
Peserta dikehendaki menaip dengan pantas dalam masa satu minit yang diberikan. Melalui latihan menaip ini, peserta boleh memilih bahasa untuk dijadikan latihan menaip. Peserta melakukan aktiviti ini di website 10fastfingers.com .
_____________________________________________________________________________________________________________________
KELAS MICROSOFT PUBLISHER – KAD HARI GURU & HARI IBU
TARIKH | 7 MEI 2018 |
MASA | 2.00PM – 4.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN
Dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 4 orang. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menggunakan Microsoft Publisher. Latihan ini akan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Publisher dan mengembangkan bakat dan kreativiti mereka.
AKTIVITI
Peserta membuat kad hari guru & hari ibu dengan menggunakan Microsoft Publisher. Belajar untuk memasukkan text, gambar dan design untuk kad tersebut.