TARIKH | 22-24 DISEMBER 2017 |
MASA | 9.00AM – 12.00PM |
LOKASI | NADI KG SRI TAJO |
PESERTA | 18 ORANG |
TUJUAN
Program ini berlangsung selama tiga hari pada sebelah pagi.Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang cuti sekolah kepada pelajar disamping mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Selain itu, program ini juga memberikan manfaat kepada mereka melalui aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI
Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya seperti pengenalan kepada asas komputer dan microsoft office, tayangan video KDB, gotong royong membersihkan NADI, pertandingan DIY tabung , pertandingan teka/lukis KDB dan pertandingan radio rosak secara berkumpulan. Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta dapat mengenal fungsi NADI, menambah pengetahuan dalam menggunakan komputer dan penggunaan internet secara bijak. Disamping itu juga, peserta juga dapat belajar untuk bertanggungjawab dan cara bekerja didalam kumpulan.